Friday 5 April 2013

krim kunyit




harga 1 pcs rm5
harga 1 dozen rm30

 Berat Bersih : +-7gm

Krim ini digunakan sebagai rawatan untuk kulit yang bermasalah seperti jerawat, jeragat, berminyak, kusam dan tidak sekata. 


Ia juga bertindak untuk menyegarkan, mencerahkan, menganjalkan dan menghaluskan kulit supaya tampak semulajadi.

 Mungkin ramai masih tidak menyedari kunyit yang berada di dapur sebenarnya bukan sekadar boleh digunakan untuk menyedapkan atau memberi warna pada makanan, tetapi fungsinya melangkaui batasan itu.


Kunyit yang terkenal dengan warnanya yang kuning berseri mengandungi banyak kebaikan untuk kulit. Malah semakin banyak kajian membuktikan penggunaan kunyit untuk tujuan kecantikan terutama dalam masyarakat India sememangnya mempunyai alasan yang kukuh.

Sejak zaman purba lagi, sejarah menunjukkan masyarakat India sudah lama menyedari kebaikan kunyit apabila amalan menyapu kulit dengan kunyit mampu memperbaiki tekstur kulit.

Kunyit didapati mempunyai bahan yang mampu melawan keradangan kulit serta memberi kesan antiseptik kepada kulit.

Ia adalah sumber vitamin C dan magnesium yang baik, kandungan serat yang tinggi, vitamin B6, zat besi, potasium dan mangan tetapi kandungan sodium yang sangat rendah.

Masyarakat di India juga lebih terdorong menyapu kunyit pada luka kecil, lebam atau bengkak kerana rempah itu mampu mengurangkan bengkak sama seperti kesan yang diberikan oleh pek ais.

Kandungan antiseptik yang pelbagai dalam kunyit mampu mempercepatkan proses penyembuhan luka kecil, kecederaan dan melecet.

Disebabkan kesannya yang mengagumkan pada kulit, pakar kecantikan di seluruh dunia kini mula menyedari kebaikan kunyit dan menggunakannya dalam produk kecantikan masing-masing.

Kunyit boleh digunakan bagi membantu kulit lebih bercahaya, selain mengurangkan masalah tompokan pigmen seterusnya meratakan warna kulit.

Penggunaan kunyit mudah dan murah kerana ia boleh dibuat di rumah saja, antaranya dengan mencampurkan serbuk kunyit dengan sedikit jus limau nipis atau timun dan disapu ke seluruh wajah.

Sapuan berkenaan perlu dibiarkan beberapa minit pada wajah sebelum dicuci dan penggunaan kunyit secara berterusan mampu membuatkan kulit wajah lebih berseri-seri.

Kunyit juga baik untuk merawat kulit wajah yang dipenuhi jerawat kerana kandungan antiseptik dalam rempah berkenaan.

Ia adalah bahan kecantikan yang berkesan, murah dan mudah didapati tetapi pada masa sama tidak memberi kesan berbahaya terhadap kulit serta kesihatan seseorang.

Campuran kunyit bersama serbuk kayu gaharu serta sedikit air yang disapu pada kulit muka mampu mengurangkan jerawat. Cara itu semestinya jauh lebih murah berbanding menggunakan pelbagai jenama produk yang mungkin tidak sesuai untuk kulit sensitif.

Serbuk kunyit juga boleh digunakan sebagai bahan sental yang boleh membuang sel kulit mati dan ia boleh dilakukan dengan mencampurkan kunyit bersama tepung dan air serta digosok ke seluruh tubuh sebelum mandi.

Amalan rutin itu mampu membersih dan menyihatkan kulit sekali gus membantu mencantikkan penampilan diri seseorang.

Cara itu juga digunakan bakal pengantin di India yang menyapu kunyit ke kulit mereka berminggu-minggu sebelum melangkah ke alam perkahwinan bagi mendapatkan kulit yang bebas segala noda.

Lebih menarik, serbuk kunyit yang dicampur dengan yogurt boleh disapu pada kesan regangan kulit terutama bagi mereka yang pernah mengandung dan mempunyai banyak kesan regangan pada bahagian abdomen.

Campuran yang dibiarkan selama lima minit sebelum dicuci itu mampu mengekalkan kekenyalan kulit serta menghindari regangan sekiranya diamalkan selalu tanpa jemu.

Kandungan antiseptik serta antiradikal bebas kunyit turut berguna untuk melegakan masalah ruam serta membantu merawat kulit selepas seseorang menghidap penyakit yang memberi kesan pada kulit seperti demam cacar.

Kehadiran bulu roma yang banyak di wajah serta tubuh juga mungkin menyebabkan seseorang itu hilang keyakinan diri tetapi sapuan kunyit dapat membantu mengurangkan masalah berkenaan.

Kesan terbakar pada kulit juga lebih lega dengan sapuan serbuk kunyit bersama aloe vera, seterusnya memberi pelbagai faedah lain.



KHASIAT KRIM KUNYIT :
Mengecutkan jerawat

Menghilangkan parut-parut jerawat

Menghilangkan jeragat

Menghilangkan tompok-tompok bintik-bintik hitam

Melincinkan kulit mukaMencerahkan kulit muka

CARA MENGGUNAKAN KRIM KUNYIT :
Cuci muka terlebih dahulu.Setelah bersih barulah sapukan krim kunyit secara nipis keseluruh muka.
Gunakan pada waktu malam.


1 comment: